Archive for November, 2005

Time..

Saturday, November 26th, 2005

TIME..

The days come and go quickly without one realising
And the next thing  you knew,..you’re already….??
Thingking back,  I realise life is like a dream
Everything go so fast,  like a train ride home….

I treasure everything given to me
Everything i’ve come across
Everyone i’ve known
Every experience i’ve had
Treasuring them all with this pulsing heart of mine.

To all of you…
Here is a  ‘ thanks you’  letter from me.

Koleksi puisi kegemaran ku - 03

Saturday, November 19th, 2005

KOLEKSI PUISI KEGEMARAN KU - 03

PUISI SURAT

Surat itu sudah tidak datang lagi
Dan dia masih menunggu….
Terus menunggu
Walaupun gerimis hujan
Sudah lama berhenti.

Adalah itu….
Sebuah kenangan yang lalu
Yang begitu usang
Yang masih bermain-main
Didalam fikiran dan jiwanya
Cukup meruntun hati dan perasaan
Yang terlalu syahdu
Terlalu manis
Terlalu sukar untuk dilupakan
Didalam sebuah surat
Yang telah lama hilang….

Koleksi puisi kegemaran ku - 02

Tuesday, November 15th, 2005

KOLEKSI PUISI KEGEMARAN KU - 02

PUISI CINTA ANAK

Anak itu sedang berlari
terus berlari….
keseluruh pelusuk muka bumi ini
ditangannya ada sekeping surat
berisi sebuah puisi cinta
ingin sahaja ia bertanya
erti dan isi kandungan puisi cinta itu
pada siapa…?
siapa tahu….?

Anak itu masih berlari sehingga kehari ini….
terus berlari
ingin mencari sang budiman
buat mengadu keluh kesahnya
tentang dirinya
tentang dunia dan isinya
yang malang dan sering sahaja
tidak pernah mampu untuk mengenal
erti hakikat puisi cinta.

Koleksi puisi kegemaran ku - 01

Monday, November 14th, 2005

KOLEKSI PUISI KEGEMARAN KU - 01

PUISI LAMA

Seorang ibu tua sedang mendonggak kelanggit tinggi
Terkenang wajah seorang bapa yang penuh duka
Melihat si anak yang terus menari
Menyanyi sambil mendongak tinggi…
Menanti harapan sehingga kepagi.

Siapa tahu?
Bulan akan jatuh ke riba?
Pabila melihat si awan yang masih juga bergerak dengan megahnya!

Kita tentu sudah mengerti tentang perkara itu
Bukankah itu satu lagenda sejarah?

Mainan laksamana diatas bahtera
Adalah satu lakonan yang sementara
Mimpi semalam pasti berulang lagi!
Kemanakah kita seharusnya pergi?

Detik…detik…masa…
Masih sahaja berwajah lama
Sampai bila harus begini? ….